Pertahan 21 kerusi BN dan bantu PN menang – Ab Rauf

KUALA LUMPUR – Pengerusi Umno Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengingatkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tiada satu kerusi pun boleh dipandang ringan bahakan tiada satu undi pun boleh dianggap kecil.

Menurut beliau, tekad Barisan Nasional (BN) jelas iatu pertahankan kesemua 21 kerusi BN dan bantu rakan strategik kita di 7 lagi kerusi DUN.

Tegas Ketua Menteri Melaka itu, kerjasama yang telah dimuktamadkan bersama PN menjadi satu lagi kekuatan untuk kita bergerak dengan lebih tersusun.

“Semboyan PRN Melaka ke-16 telah dibunyikan. Malam tadi saya menyertai kepimpinan Umno bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi di Umno Menara Dato Onn, WTC, Kuala Lumpur.

“Mesej Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cukup jelas. Semua jentera parti perlu memperkemas gerak kerja dan saling bekerjasama bagi melancarkan kempen PRN Melaka ke-16 kali ini.

“Saya secara peribadi berazam untuk mahu memastikan seluruh jentera Barisan Nasional terus fokus kepada 21 kerusi yang kita tandingi.

“‘Bapa-bapa angkat’ negeri juga perlu turun membantu, berkongsi kekuatan dan memastikan setiap kawasan mendapat perhatian yang sewajarnya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat