Rapid KL laksanakan projek rintis van tambang RM1, berbeza dengan Rapid On-Demand

KUALA LUMPUR – Rapid KL akan menjalankan satu projek rintis perkhidmatan van dengan tambang hanya RM1 bagi setiap perjalanan bermula 24 Oktober ini tanpa memerlukan pengguna membuat tempahan menerusi aplikasi Rapid On-Demand (ROD).

Projek rintis berkenaan akan dijalankan selama tiga bulan akan menggunakan model perkhidmatan berasaskan laluan dan jadual tetap bagi memperkukuh ketersambungan pengangkutan awam, khususnya akses pengguna ke stesen rel berhampiran.

Menerusi satu kenyataan, Rapid KL berkata fasa pertama projek melibatkan dua laluan ROD iaitu T400B dari Bandar Tun Razak ke Taman Midah dan T512B dari Presint 11 ke Stesen Putrajaya Sentral.

Menurutnya, perkhidmatan ROD bagi kedua-dua laluan berkenaan akan ditutup sementara sepanjang tempoh pelaksanaan projek rintis tersebut.

“Melalui model operasi ini, pengguna boleh terus menaiki van di stesen dan hentian yang telah ditetapkan tanpa perlu membuat tempahan melalui aplikasi Rapid On-Demand,” menurut Rapid KL.

Rapid KL memaklumkan bayaran tambang boleh dibuat menggunakan kad debit, kad kredit dan kad TouchNGo menggunakan sistem bayaran terbuka.

Katanya, pemegang Kad Konsesi MyRapid turut menikmati diskaun tambang sebanyak 50 peratus manakala pemegang pas Rapid Mesra boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Syahrul Azmir Ahmad Zaki berkata projek tersebut merupakan sebahagian dari usaha berterusan Rapid KL untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

“Melalui projek rintis ini, Rapid KL akan menilai model operasi berasaskan laluan dan jadual tetap dalam memperkukuh ketersambungan batuan pertama dan terakhir, sekali gus memudahkan akses komuniti ke stesen rel berhampiran.

“Rapid KL akan turut memantau penggunaan, prestasi operasi dan maklum balas pengguna bagi mendapatkan gambaran terhadap penerimaan serta keberkesanan inisiatif ini.

“Hasil penemuan sepanjang tempoh pelaksanaannya akan digunakan sebagai rujukan dalam mempertimbangkan penambahbaikan perkhidmatan pada masa hadapan,” katanya.

Inisiatif itu turut menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam melalui sistem mobiliti yang lebih bersepadu, mudah diakses dan mampan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat