PKR umum bakal rebut 9 kerusi DUN Melaka

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal merebut sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Setiausaha Agung PKR Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, senarai calon parti berkenaan yang akan bertanding hampir dimuktamad dan akan diumum Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober depan.

Menurut beliau, pengumuman itu akan dibuat serentak dengan pengumuman calon-calon PH melibatkan parti komponen lain.

“PH akan umumkan calon pada 24 Oktober, minggu depan. Bagi PKR, calon kami ‘more or less confirm, final’. Insya-Allah setakat ini kita bertanding di sembilan kerusi, PKR ya, PH sudah tentu semua.

“Buat masa ini apa yang penting adalah untuk kita memastikan bahawa persiapan berjalan dengan lancar, ‘we will give a very good fight’,” memetik Utusan di Johor pada Jumaat.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut berkata, sebarang perancangan berhubung kerjasama akan dirahsiakan terlebih dahulu sebagai strategi politik.

“Perbincangan rasmi itu tiada, tetapi kalau ada pihak yang mahu membantu, kita amat alu-alukan. Namun daripada segi persefahaman rasmi, memang tiada.

“Soal sama ada kita akan adakan kerjasama dengan mana-mana pihak lain itu melibatkan strategi, jadi soal strategi kita simpan dahulu ya,” katanya.

Pengumuman calon-calon PH bagi PRN Melaka akan diadakan serentak dengan pelancaran jentera gabungan berkenaan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 14 November depan sebagai tarikh rasmi hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16, manakala Hari Penamaan Calon pada 31 Oktober ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat