Sebabkan jerebu setiap tahun, Malaysia wajar saman Indonesia – Guan Eng

KUALA LUMPUR- Malaysia tidak boleh mengambil sikap sambil lewa lagi dengan krisis jerebu rentas sempadan yang berulang setiap tahun.

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mencadangkan, Malaysia, Singapura dan Filipina bersama dengan Indonesia harus menubuhkan satu Petugas Khas Karhula ASEAN secara tetap dengan anggota penyelamat kekal sepanjang tahun yang boleh bertindak dengan segera bila berlakunya kebakaran hutan dan lahan (karhutla). Barulah krisis jerebu dapat dibendung atau dikurangkan.

“Sekiranya kerajaan Indonesia masih enggan menerima Petugas Khas Karhutla ASEAN atas sebab kedaulatan negara, maka Kerajaan Malaysia tidak ada jalan lain kecuali bertindak dengan memulakan tuntutan ganti rugi secara perundangan.

“Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam sahaja lagi tanpa sebarang tindakan menghadapi krisis jerebu ini,” tegas Penasihar DAP itu.

Menurut Guan Eng, beliau terpanggil untuk menimbulkan krisis cuaca jerebu buatan manusia yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan anak-anak kita serta kemakmuran ekonomi negara.

“Pencetus utama krisis jerebu berpunca daripada karhutla atau kebakaran hutan dan lahan, yang bertambah serius tahun ini dan melibatkan keluasan 300,000 hektar di Republik Indonesia atau lebih 70 peratus lebih besar daripada karhutla berbanding dengan tahun 2025.

“Sekolah kita ditutup, dan pekerja-pekerja khususnya dalam sektor gig dan Grab terpaksa berhenti kerja dalam krisis jerebu ini.

“Kesan kesihatan secara jangka panjang belum dikesan lagi. Secara ringkas, pihak kerajaan harus menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas.

“Amat dikesali bahawa Kerajaan Republik Indonesia enggan meneruskan bantuan antarabangsa daripada negara Jepun yang telahpun tamat ataupun segera menerima bantuan negara asing yang ditawarkan termasuk daripada Malaysia.

“Alasannya ialah Indonesia mampu menangani karhutla sugguhpun realitinya yang benar adalah sebaliknya,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat