Rafizi yakin BERSAMA tidak jauh daripada kemenangan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli optimis perubahan itu bermula apabila rakyat memberi kepercayaan kepada perjuangan yang mereka percaya betul, walaupun kemenangan ketika itu terasa jauh.

Pemimpin parti BERSAMA itu berkata, undi hari ini bukan sekadar menentukan siapa menang sebaliknya ia turut menentukan Malaysia yang akan diwarisi oleh anak-anak dan cucu kita.

“Adakah kita mengundi sesuatu parti hanya kerana parti itu lebih kuat dan boleh menang? Ketika PKR mula bertapak, ramai tidak menjangka parti itu mampu menang.

“DAP juga melalui puluhan tahun sebagai pembangkang. Siapa sangka BN yang begitu lama dominan akhirnya dapat ditumbangkan?

“Itulah semangat yang dibawa BERSAMA. Mengundi berdasarkan prinsip, perkara yang diperjuangkan dan harapan untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat