Bajet 2027: Kerajaan dan Grab akan biayai bersama pakej RM160 juta menambah baik kebajikan pekerja Gig

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan dalam Bajet 2027 bahawa pihak kerajaan dan syarikat e-hailing Grab akan membiayai bersama satu pakej bernilai RM160 juta bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing bermula tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pakej berkenaan meliputi kadar pendapatan minimum bagi pekerja sektor Gig dan juga bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Sebanyak 600,000 orang rakyat sibuk mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing dan p-hailing. Kerajaan Madani akan membela nasib pekerja Gig dengan perlindungan yang lebih menyeluruh,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2027 di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata Majlis Perundingan Gig sedang dalam peringkat rundingan untuk menetapkan kadar pendapatan minimum, formula pendapatan serta standard minimum perlindungan sosial bagi pekerja Gig yang akan dimuktamadkan pada awal tahun 2027.

Anwar mengumumkan sementara menunggu ketetapan itu, kerajaan dan pihak Grab bersetuju untuk memperkenalkan pakej berkenaan.

“Ini bermakna, pendapatan bersih untuk pemandu e-hailing pada tahap media dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan manakala pendapatan penghantar p-hailing meningkat sehingga RM100 sebulan,” katanya.

Selain itu, Anwar menambah kerajaan juga bersetuju menawarkan insentif caruman padanan PERKESO 35 peratus kepada pekerja e-hailing dan p-hailing.

“Insentif akan ditingkatkan kepada 50 peratus sekiranya syarikat platform turut menanggung caruman untuk pekerja,” katanya.

Perdana Menteri berkata selain daripada pekerja e-hailing dan p-hailing, kerajaan turut menawarkan insentif caruman padanan PERKESO 70 peratus kepada lebih 200,000 orang yang bekerja sendiri dalam 17 sektor tidak mandatori.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat