KUALA LUMPUR -Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain menegaskan, penubuhan agensi yang dinaungi itu bukan sekadar cukup syarat sebaliknya mereka diberikan amanah dengan objektif yang jelas iaitu menjamin keselamatan dan membanteras elemen jenayah di pintu masuk negara.
“Saya tidak mahu lihat KLIA jadi macam Selayang.
“Saya tidak mahu membiarkannya jadi macam itu,” tegas Shuhaily dalam sidang media di Putrajaya pada Khamis ketika mengulas mengenai sindiket warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sementara itu, Shuhaily turut mengucapkan terima kasih kepada semua termasuk yang meminta beliau teruskan apa jua usaha untuk memperbaiki keselamatan pintu masuk negara, memetik Harian Metro.
“Saya amat-amat menghargainya dan itulah semangat saya pegang untuk saya terus berusaha untuk mengubah prasarana ataupun keselamatan di pintu masuk negara.
“Jadi saya rasa cukup jelas inisiatif dan motivasi kami di AKPS ini. Kerajaan menubuhkan kami ada sebab, bukan suka-suka,” katanya.



