Tun Dr Siti Hasmah mengajar saya bagaimana membawa diri dengan penuh maruah dan profesionalisme tinggi – Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merupakan satu kehilangan besar buat negara.

Menurut Dr Wan Azizah, Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah adalah seorang tokoh negara yang telah berbakti seluruh hidupnya demi kesejahteraan awam, kesihatan masyarakat, serta ikon pemerkasaan dan kepimpinan wanita selaku antara perintis doktor wanita pertama.

“Saya merakamkan salam takziah yang sedalam-dalamnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali ke rahmatullah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara.

“Saya sangat menghormati Almarhumah Tun Siti. Beliau mengajar saya bagaimana membawa diri dengan penuh maruah dan profesionalisme yang tinggi.

“Kebijaksanaan Tun, disertai sifatnya yang begitu mesra dan menyenangkan, menjadikan beliau seorang insan yang sangat disayangi.
Tun membuktikan bahawa kekuatan seorang wanita tidak semestinya hadir melalui suara yang lantang.

“Kekuatan itu terpancar melalui kesabaran, kebijaksanaan, kelembutan dan keteguhan dalam membawa diri.

“Saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah Tun, mengampuni segala dosa-dosanya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

“Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi ujian yang berat ini,” ucap Dr Wan Azizah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat