Hari ini negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa hari ini, negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat.

Menurut Anwar, beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan setulus takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga.

“Saya, Azizah dan keluarga berdukacita menerima khabar pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini.

“Kami mengenali Almarhumah sebagai Kak Hasmah, seorang yang lembut tutur katanya, namun tabah dan kuat jiwanya, malah sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya dengan kasih sayang seorang ibu.

“Sementalahan, kami akan mengenang Kak Hasmah dengan rasa kasih yang mendalam, bersama segala jasa dan kebaikan yang ditinggalkannya.

“Saya dan Azizah merakamkan setulus takziah kepada Tun Dr Mahathir serta seluruh keluarga, dan mendoakan semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal baktinya serta mengurniakan ketabahan kepada mereka yang ditinggalkan. Al-Fatihah,” ucap Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat