KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Fadhli Shaari mendakwa Jabatan Peguam Negara (AGC) terlalu cepat mengisytiharkan setiap keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim sebagai tidak sah namun berdiam diri dalam isu pembatalan pelantikan Exco Negeri Sembilan.
Fadhli mendesak AGC mengeluarkan kenyataan sama ada pembatalan pelantikan 10 Exco itu sah atau sebaliknya.
“Dalam isu proklamasi yang ditandatangani Menteri Besar Negeri Sembilan, AGC cepat buat kenyataan ia tidak sah.
“Begitu juga dalam isu penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang -Undang Negeri Negeri Sembilan, cepat juga AGC keluarkan kenyataan ia tidak sah.
“Tapi dalam isu pembatalan pelantikan Exco Negeri Sembilan yang lebih dahulu, kenapa AGC berdiam diri? Sah atau tidak AGC yang rajin ini perlu keluarkan juga kenyataan.
“Ini kerana ia bakal jadi panduan di negeri-negeri lain pula. Ceplos- ceplos cepat masuk,” bidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.



