DUN Melaka bubar Rabu, 23 September – Ab Rauf

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan secara rasmi Rabu, 23 September 2026.

Pengumuman Ab Rauf itu sekali gus menamatkan tanda tanya mengenai tarikh pembubaran DUN Melaka yang menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu, sekali gus membuka laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ab Rauf berkata, pembubaran yang berkuat kuasa pada 23 September itu dibuat berdasarkan Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Melaka 1957.

“Saya telah menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan DUN Melaka dan seterusnya memohon perkenan untuk pembubaran DUN Melaka.

“Sukacita saya maklumkan Tun Mohd Ali perkenan bagi DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok 23 September 2026,” katanya dalam sidang media lapor Astro Awani di Melaka.

Dengan pembubaran DUN berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengambil tindakan selanjutnya termasuk menetapkan tarikh writ pilihan raya, penamaan calon dan hari pengundian mengikut peruntukan undang-undang.

Untuk rekod, DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan mandat kerajaan negeri ketika ini akan berakhir pada 31 Disember depan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat