Berat badan Kelat turun 100 kg, alami fasa musth

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Taiping menjelaskan, Kelat memang telah mengalami penurunan berat badan sekitar 100 kilogram (kg).

Menurutnya, gambar yang sedang tular di media sosial yang menunjukkan Kelat kelihatan terlalu kurus tidak menggambarkan keadaan sebenar Kelat ketika ini.

“Ya, Kelat memang telah mengalami penurunan berat badan sekitar 100 kg. Namun, perkara ini berlaku ketika Kelat sedang melalui fasa musth, yang telah berterusan sejak 18 Ogos 2026.

“Yang penting, keadaan Kelat masih baik dan terkawal. Kelat masih aktif, memberikan kerjasama dalam latihan dan menunjukkan respons yang baik terhadap penjaga.

“Berdasarkan maklumat terkini daripada pihak Tennoji Zoo, Kelat masih memberikan kerjasama yang baik semasa sesi latihan.

“Semasa rondaan penjaga pada waktu pagi dan petang, Kelat juga beberapa kali diperhatikan mengikuti penjaga di sepanjang laluan,” katanya.

Pada masa yang sama dimaklumkan, pihak Tennoji Zoo sedang memantau tanda-tanda musth Kelat dengan lebih terperinci.

“Rembesan daripada kelenjar temporal didapati semakin meningkat dari hari ke hari, manakala bahagian paha dalam Kelat juga sentiasa basah akibat air kencing. Cecair badan yang bersifat seperti benang turut diperhatikan.

“Bagi memantau perkembangan fasa musth dengan lebih tepat, pihak Tennoji Zoo akan terus merekod dan mengukur kuantiti rembesan kelenjar temporal, air kencing dan tanda-tanda berkaitan.

“Jadi, jangan nilai keadaan Kelat hanya berdasarkan sekeping gambar yang tular. Keadaan seekor gajah perlu dilihat secara menyeluruh melalui pemerhatian berterusan terhadap tingkah laku, pengambilan makanan, berat badan dan pemantauan oleh penjaga serta pihak veterinar.

“Zoo Taiping dan Night Safari sentiasa mendapatkan perkembangan terkini daripada pihak Tennoji Zoo dan terus mengambil berat terhadap kebajikan Kelat. Kelat sedang melalui fasa musth dan masih dipantau dengan rapi.

“Mudah untuk ambil satu gambar, buat kesimpulan dan tekan “share”. Tetapi tanggungjawab memastikan apa yang disebarkan itu benar nampaknya tidak semudah itu. Kalau tidak pasti, semak dahulu. Jangan jadikan andaian sebagai fakta dan kemudian biarkan orang ramai mempercayainya,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat