Pekerja bank mengaku tidak bersalah muat naik video lucah di X

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja khidmat pelanggan sebuah institusi perbankan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang pada Selasa atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berunsur lucah menerusi aplikasi X (Twitter), 2 tahun lalu.

Tertuduh Nater Hasan Ibnu, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar menggunakan aplikasi X melalui akaun @naterhasan untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berupa video yang lucah sifatnya dengan niat mengganggu orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 26 Ogos 2024 dan kandungan berkenaan telah dilihat pada 12 September 2024 kira-kira jam 11.30 pagi di Menara MCMC 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya, dalam daerah Sepang, Selangor.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, selain denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan, memetik MalaysiaTribune, pada Selasa.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Siti Hajar Sulaiman.Panduan Perjalanan & Kisah Perjalanan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat