Jamil Khir tidak mengaku sebabkan Tabung Haji lupus RM860.3 juta

KUALA LUMPUR- Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan wang RM860,308,770.51 di antara antara 2015 hingga 2017.

Mengikut pertuduhan, Jamil Khir, 65, yang juga bekas Ahli Parlimen Jerai didakwa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyebabkan Lembaga TH melupuskan harta miliknya iaitu wang RM42,942,074 bersamaan SAR44.170 juta, RM288,172,134.64 (SAR250,041,622) dan RM529,194,561.87 (SAR471,848,615) kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 3 April 2015, 14 Disember 2016 dan 17 Ogos 2017, memetik laporan Utusan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat