KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperincikan prasyarat Tafahum Siyasi (persefahaman politik) yang telah disepakati bersama dengan rakan kerjasama politik Umno.
Tegas Zahid, prasyarat utama ialah jangan khianat-mengkhianati.
Dalam Tafahum Siyasi yang disepakati bersama terdapat tiga syarat utama iaitu selain tidak saling khianat adalah -jangan menjatuhkan rakan dan jangan memungkiri perjanjian.
Selain itu, Zahid juga menyenaraikan tiga asas yang telah dipersetujui bersama rakan kerjasama yakni mengutamakan persamaan demi maslahah umum.
“Asas kedua ialah menghormati perbezaan ideologi, identiti dan garis sempadan masing-masing.
“Seterusnya, pegang kepada prinsip toleransi dan anjal dalam membuat keputusan,” jelasnya.


