Sambutan Hari Merdeka esok, 15,000 petak parkir disediakan untuk orang ramai

KUALA LUMPUR – Kereta orang ramai yang akan hadir pada program sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Putrajaya esok boleh diletakkan di 15,000 ruang letak kereta yang disediakan.

Dalam hantaran grafik laman Facebook Merdeka360, sebanyak 3,500 petak disediakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 9 (3,000), dan di petak parkir Presint 1, Presint 18 dan Presint 18 masing-masing ada 2,500 petak, Presint 8 (2,000) dan di Terra@8 (1,500)

“Di Presint 1, kawasan parkir meliputi Taman Botani, tempat letak kenderaan terbuka Kompleks E, Taman Putra Perdana dan sekitar presint berkenaan manakala bagi Presint 9, orang ramai boleh meletakkan kenderaan di Putrajaya Sentral, PJH Destina serta kawasan sekitarnya.

“Bagi PICC, parkir disediakan di pusat konvensyen itu serta kawasan sekitarnya manakala di Presint 18 membabitkan Taman Pancarona dan kawasan sekitarnya. Presint 8 pula melibatkan Kelab Tasik, kawasan komersial dan sekitar Presint 8 manakala di Terra@8 Presint 8 parkir disediakan di parkir bawah tanah dan sekitar kawasan itu,” menurut hantaran berkenaan.

Bagi kemudahan orang ramai bergerak, terdapat perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle) secara percuma, MRT dan ERL untuk ke Putrajaya untuk hadir bagi meraikan hari kemerdekaan.

Bagi perkhidmatan bas ulang-alik percuma laluan MS01 dari MRT/Terminal Putrajaya Sentral ke Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2 beroperasi selama 24 jam tanpa henti bermula 2 petang hari ini hingga 2 petang esok.

“Bas bagi laluan itu beroperasi dengan kekerapan setiap 15 minit dari 2 petang hari ini hingga 4 pagi esok sebelum ditingkatkan kepada setiap lima minit dari 4 pagi hingga 2 petang.

“Satu lagi perkhidmatan bas ulang-alik percuma menerusi laluan MS02 dari lobi utama PICC, Jalan P4X, Presint 4 pula beroperasi dari 4 pagi hingga 2 petang esok dengan kekerapan setiap lima minit,” katanya.

Tren MRT juga akan beroperasi selama 24 jam, namun operasi itu hanya melibatkan perkhidmatan rel dan laluan bas RapidKL terpilih.

Bagi ERL, waktu operasi bermula 4 pagi esok dengan kekerapan setiap 30 minit manakala tiket pergi balik dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan dan Salak Tinggi ke Putrajaya boleh dibeli melalui aplikasi KLIA Ekspres atau layari laman sesawang rasmi KLIA Ekspres.

Orang ramai diminta merancang perjalanan lebih awal untuk memastikan pergerakan ke lokasi sambutan lebih lancar dan selesa dengan acara dijaudal bermula pada pukul 8 pagi.

Sambutan Hari Kebangsaan esok akan bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, akan diadakan kali ini di Dataran Putrajaya.

Kira-kira 80,000 orang pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan esok.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat