KUALA LUMPUR – Daerah Serian di Sarawak hari ini merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap ‘Bahaya’ setakat pukul 8 pagi tadi.
Portal Sistem Pengurusn IPU Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan bacaan IPU itu direkodksn di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan 364.
Selain daerah Serian, tiga lagi di daerah di Sarawak merekodkan bacaan IPU ‘Sanagat Tidak Sihat’ iaitu Samarahan (300), Kuching (291) dan Sri Aman (214).
Kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat pula antaranya ialah Sarikei (195), Sibu (187), Bintulu (179), Samalaju (171), Mukah (170), Kapit (159), Miri (155) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (151).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.



