Kerajaan Madani tidak akan ulangi kawalan terhadap media – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan kementerian itu tidak bercadang mengawal media seperti mana yang didakwa berlaku di bawah kerajaan terdahulu.

Menurut Fahmi, kerajaan ketika ini tidak mahu mengulangi tindakan atau pendekatan seumpama itu yang dianggap sebagai sesuatu yang tidak wajar terhadap media.

“Ada tanya kenapa Fahmi Fadzil tak kawal TV? Tuan-tuan, puan-puan… kita lahir di atas jalanan dan menentang penguat kuasa mengarah memerintah yang memaksa untuk lakukan macam-macam terhadap Presiden PKR.

“Adakah kita mahu mengulangi kezaliman seperti itu? Sudah pasti tidak…Kita bukan dalam ‘mood’ mengawal media,” katanya ketika ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan 2026 lapor Sinar Harian di Melaka pada Ahad.

Bagaimanapun Ketua Penerangan PKR itu berkata, sekiranya didapati terdapat maklumat tidak benar yang dilaporkan, pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada syarikat media terbabit.

“Sekiranya ada sebarang maklumat yang tidak benar, maka kita akan berurusan dengan media secara tertib dan beradab untuk maklumkan bahawa perlu buat sedikit perubahan.

“Ini berbeza. Saya boleh beritahu dalam kalangan rakan-rakan media mereka mengatakan berbeza zaman sekarang dengan zaman dulu. Zaman dulu, mereka akan diarah… tapi sekarang kita tidak buat begitu,” katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, setakat semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti dan menurunkan lebih 8,410 akaun palsu yang bermain isu 3R.

Jelasnya, kebanyakan daripada kandungan tersebut menyentuh emosi dengan menggunakan modus operandi menghasilkan akaun palsu seolah-olah ia adalah orang sebenar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat