JDT Pasukan Terbaik Liga M 2025-26, kekalkan kemenangan sudah sedekad

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam memenangi anugerah dalam 8 kategori Liga M Awards 2025-26 semalam termasuk kapten mereka Afiq Fazail dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) musim ini.

Kelab berkenaan juga meneruskan dominasi dalam bola sepat tempatan apabila memenangi Anugerah Pasukan Terbaik.

Antara pemenang lain ialah Ketua Jurulatih JDT, Xisco Munoz menang kategori Jurulatih Terbaik, penjaga gol JDT Syihan Azmi menang kategori Penjaga Gol Terbaik, penyerang JDT Bergson da Silva merangkul kAsut Emas dan juga menang kategori Pemain Luar Negara Terbaik.

Kejayaan itu menyaksikan JDT terus mendominasi anugerah berkenaan selama sedekad.

JDT pada musim ini sekali lagi menampilkan aksi cemerlang dengan kejayaan mengukuhkan penguasaan dalam liga tempatan serta mempamerkan corak pengurusan kelab yang konsisten.

Penilaian bagi kategori Pasukan Terbaik bukan sekadar mengambil kira pencapaian di atas padang, sebaliknya turut melihat aspek pengurusan kelab secara keseluruhan, termasuk kemampuan mengurus pasukan dan organisasi secara profesional.

Sementara itu, Melaka FC menerima pengiktirafan bagi kategori Fair Play Terbaik 2025-2026.

Melaka FC dipilih berdasarkan rekod tindakan disiplin paling rendah sepanjang saingan musim lalu, sekali gus memperlihatkan komitmen pasukan untuk mengekalkan disiplin dan semangat kesukanan di atas padang.

Pengiktirafan itu menjadi satu lagi pencapaian bermakna buat Melaka FC, selain membuktikan kejayaan sesebuah pasukan bukan hanya diukur menerusi keputusan dan kedudukan liga, tetapi turut melalui nilai disiplin serta sikap profesional sepanjang musim.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat