Jangan gunakan rizab ditinggalkan Aminuddin dengan wujudkan jawatan timbalan Exco, banyak lagi keperluan rakyat – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR – Nik Nazmi Nik Ahmad menasihatkan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Menteri Besar Datuk Ismail Lasim supaya tidak membazirkan rizab negeri yang ditinggalkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dengan mewujudkan jawatan Timbalan Exco.

Menurut Nik Nazmi, dalam politik, prinsip utama yang perlu dipegang adalah amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Tetapi, cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Exco tanpa adanya keperluan tersebut seolah-olah mencari satu metodologi untuk mengeksploitasi rizab yang ditinggalkan oleh Tok Min sambil menepikan keperluan rakyat.

“Kerajaan Negeri Sembilan, yang dipegang oleh BN-PN, sepatutnya gunakan rizab yang ditinggalkan oleh Tok Min demi rakyat negeri, bukannya mencari asbab untuk mengambil peruntukan tersebut demi kepentingan tersendiri.

“Saya pernah jadi Exco Kerajaan Negeri Selangor 2014-2018. Jadi, bila timbul sadangan untuk diwujudkan jawatan Timbalan Exco jawatan ini sebenarnya tidak wujud pun. Setahu saya lah, kebanyakan undang-undang tubuh negeri dan kalau ada pun dibuat secara administratif,” jelas Nik Nazmi.

Justeru apabila timbul cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Exco di Negeri Sembilan selepas kemenangan BN dan PN, Nik Nazmi akui agak pelik.

“Ini memandangkan rizab yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Aminuddin Harun yang di sebelum ini begitu besar, seolah-olah, kerajaan negeri yang baru ni dia tengok tu sebagai satu ghanimah nak belanjakan wujud lagi jawatan politik untuk Adun-Adun di Negeri Sembilan.

“Sedangkan keperluan tu tak ada di Selangor, untuk makluman, tidak ada Timbalan Exco dan Selangor ni penduduk dia hampir 7 juta manakala di Negeri Sembilan 1.2 juta. Tapi tak perlu pun nak ada Timbalan Exco.

“Zaman Tok Min pun tak perlu ada Timbalan Exco. Jadi, saya rasa banyak lagi keperluan rakyat yang mendesak daripada nak fokus kepada ghanimah untuk orang politik ni,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat