Tahniah BN, Anwar janji Persekutuan akan dukung Negeri Sembilan

SEREMBAN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana berjaya mendapat mandat oleh rakyat Negeri Sembilan.

Anwar berikrar Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya.

“Tahniah kepada BN atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan. Mengucapkan penghargaan setingginya kepada seluruh pengundi yang telah bersungguh-sungguh ikut serta dalam praktik demokrasi yang baru selesai.

“Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama 8 tahun.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, PH telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat.

“Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan,” kata Pengerusi PH itu dalam kenyataan media.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat