Penyatuan ummah BN-PN akan dibawa hingga ke syurga bukan setakat Putrajaya – Akmal Saleh

SENAWANG – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh berikrar penyatuan ummah yang bertapak di Negeri Sembilan tidak sekadar akan dilanjut ke Melaka bahkan Putrajaya namun ia akan berakhir di syurga.

Berkongsi doa yang beliau panjatkan ketika menunaikan ibadat Haji baru-baru ini, Akmal berkata, antara doanya yang utama di Arafah adalah mengharapkan dapat melaksanakan penyatuan ummah sementara masih mempunyai jawatan dalam Umno.

“Penyatuan ummah ini mula di Negeri Sembilan ia tidak akan berakhir di Negeri Sembilan.

“Penyatuan ummah ini akan berlanjut sehingga ke syurga bukan cuma sampai Melaka dan Putrajaya sahaja.

“Negeri Sembilan menjadi saksi, Akmal dan Afnan menjadi pencetus penyatuan ummah di Negeri Sembilan, kita akan tunjuk kepada mereka hasilnya pada 1 Ogos ini

“Masa di Arafah — antara doa yang paling utama – saya berdoa “Ya Allah berikanlah kekuatan ketika aku ada jawatan dalam Umno untuk satukan orang Melayu”, tiada apa yang mustahil jika Allah perkenan jika kita doa seikhlas hati. Lihatlah hari ini Allah makbulkan doa kita.

“Mereka takut dengan penyatuan kita katanya kita pinggirkan kaum lain— apabila Pas bergabung dengan Umno kononnya habislah orang Cina dan India, kami jauh berbeza dengan kamu,” kata Adun Merlimau itu dalam ceramah Gelombang Penyatuan Anak Muda di Senawang.

Justeru Akmal merayu, supaya di mana kawasan orang Umno-Barisan Nasional (BN) tidak bertanding undi diberikan kepada calon Perikatan Nasional (PN).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat