SEREMBAN – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Salleh membangkitkan persoalan berkait siapakah figura orang politik Umno yang terlibat dan didakwa menyakau Tabung Haji (TH).
“Alhamdulilah laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji sudah dikeluarkan.
“Jadi siapa orang politik Umno yang terlibat dan dikatakan sakau? soal Adun Merlimau itu dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Sebaliknya kata Akmal dalam laporan RCI itu perkara yang dilaporkan ialaah tindakan dalaman kepada pegawai TH akibat pengurusan yang lemah
“Jadi persoalan yang timbul hari ini,adakah kerugian ini akibat rasuah atau kegagalan tadbir urus oleh pegawai yang mentadbir?
“Adakah pemberian dividen yang tinggi kepada penyimpan dan subsidi yang tinggi kepada jemaah haji dianggap sakau? tanya Akmal.
Laporan dapatan RCI mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 menyatakan, pelbagai masalah yang berlaku adalah hasil gabungan beberapa faktor.
Menurut laporan itu, ia termasuk pembayaran hibah yang tidak mampan, keputusan pelaburan berisiko tinggi, amalan perakaunan yang tidak sesuai serta kelemahan sistem tadbir urus.


