Safi Youth Gold Rania ubah neratif penjagaan kulit: keyakinan wanita kini menjadi keutamaan 

Dalam dunia kecantikan yang semakin kompetitif, jenama penjagaan kulit tidak lagi hanya bersaing menerusi teknologi atau bahan aktif terbaik. Sebaliknya, pengguna hari ini semakin mencari jenama yang memahami perjalanan hidup mereka. Atas kesedaran itu, Safi tampil membawa pendekatan berbeza menerusi pelancaran semula Safi Youth Gold Rania yang mengangkat keyakinan diri sebagai asas kepada kecantikan sebenar.

Berbeza daripada kempen anti-penuaan yang lazimnya menonjolkan usaha untuk kelihatan lebih muda, Safi memilih untuk mengubah naratif tersebut. Menerusi kempen “Semarakkan Seri Keremajaan”, jenama itu menekankan bahawa keremajaan bukan sekadar diukur melalui wajah tanpa kedutan, tetapi melalui semangat, keyakinan dan kekuatan dalaman yang dimiliki setiap wanita.

Pendekatan itu dilihat selari dengan perubahan gaya hidup wanita moden yang kini memikul pelbagai tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak, usahawan mahupun wanita bekerjaya. Dalam kesibukan memenuhi tuntutan kehidupan, ramai wanita mengakui mereka sering mengabaikan diri sendiri sehingga keyakinan yang pernah dimiliki semakin terhakis.

Justeru, Safi percaya penjagaan kulit bukan sekadar rutin kecantikan, sebaliknya satu bentuk penghargaan terhadap diri sendiri yang mampu membantu wanita kembali menemui versi terbaik mereka.

Pelancaran semula Safi Youth Gold Rania turut disertai pembaharuan menyeluruh terhadap identiti produk, termasuk reka bentuk pembungkusan yang lebih moden serta formulasi baharu yang diperkasakan dengan teknologi Peptida Kolagen.

Tidak hanya bergantung kepada satu inovasi, Safi turut memperkenalkan tiga produk premium yang menandakan komitmen jenama tempatan itu dalam menerajui teknologi penjagaan kulit.

Antaranya ialah PDRN Booster Repair Serum, yang diperkenalkan sebagai serum PDRN Spicule Halal pertama di Malaysia. Produk ini direka untuk membantu proses pembaikan kulit dengan lebih efektif, sekali gus memberi alternatif kepada pengguna yang mencari rawatan intensif tanpa perlu menjalani prosedur invasif.

Turut diperkenalkan ialah CycloPeptide Water Elixir, yang menggunakan teknologi CycloPeptide pertama di Malaysia bagi membantu meningkatkan kelembapan serta keanjalan kulit.

Melengkapkan rangkaian inovasi tersebut ialah Beauty Miracle Oil, minyak wajah yang diformulasikan untuk memberikan nutrisi tambahan kepada kulit agar kelihatan lebih sihat dan berseri.

Apa yang membezakan Safi daripada banyak jenama antarabangsa ialah pendekatannya membangunkan produk berdasarkan keperluan sebenar kulit wanita Malaysia.

Faktor cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, pencemaran bandar serta gaya hidup yang sibuk menjadi antara aspek utama yang diambil kira dalam pembangunan formulasi produk berkenaan.

Gabungan teknologi bertaraf global dengan pemahaman terhadap keperluan kulit tempatan menjadikan rangkaian ini lebih relevan kepada pengguna Malaysia.

Menurut Safi, keberkesanan formulasi baharu itu turut disokong oleh ujian klinikal yang menunjukkan kulit boleh kelihatan lebih anjal, cerah dan berseri dalam tempoh seawal tiga hari penggunaan.

Namun, di sebalik pencapaian teknologi tersebut, kekuatan sebenar kempen ini terletak pada usaha Safi mengangkat kisah wanita sebenar sebagai sumber inspirasi.

Seramai 100 wanita dari pelbagai latar belakang dijemput berkongsi pengalaman hidup masing-masing yang menyentuh soal pengorbanan, ketabahan dan perjalanan membina semula keyakinan diri.

Daripada jumlah itu, lima wanita dipilih untuk menyertai program transformasi yang bukan sahaja memberi fokus kepada penampilan, malah melibatkan pembangunan emosi, penghargaan terhadap diri sendiri serta peningkatan keyakinan.

Kisah mereka kemudiannya diterjemahkan dalam siri kandungan digital yang memaparkan realiti kehidupan wanita Malaysia, termasuk cabaran sebagai ibu sepenuh masa, ibu tunggal, wanita yang berdepan perubahan selepas melahirkan anak serta individu yang berusaha bangkit selepas melalui episod sukar dalam kehidupan.

Pendekatan berasaskan kisah benar ini memberikan dimensi lebih mendalam kepada kempen tersebut kerana ia dekat dengan pengalaman ramai wanita.

Dalam menyemarakan lagi mesej kempen, Safi turut melantik pelakon dan usahawan terkenal, Fasha Sandha, sebagai duta baharu Safi Youth Gold Rania.

Pemilihannya bukan hanya bersandarkan populariti, sebaliknya kerana perjalanan hidupnya yang sering menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Sebagai seorang wanita yang pernah melalui pelbagai cabaran peribadi dan kerjaya, Fasha dilihat mencerminkan semangat wanita moden yang cekal, berdikari dan tidak pernah berhenti memperbaiki diri.

Selain itu, Safi turut memberi sentuhan emosi menerusi olahan semula lagu ikonik Gemilang, yang sebelum ini dipopularkan oleh Jaclyn Victor.

Versi baharu lagu tersebut disesuaikan dengan mesej kempen “Semarakkan Seri Keremajaan”, sekali gus menjadi simbol kepada perjalanan seseorang wanita untuk kembali menghargai dirinya dan menyedari bahawa peluang untuk bersinar sentiasa ada, tanpa mengira usia atau fasa kehidupan.

Pendekatan menyeluruh yang menggabungkan inovasi saintifik, kisah inspirasi wanita sebenar, elemen muzik serta sokongan figura terkenal memperlihatkan perubahan strategi pemasaran industri kecantikan masa kini.

Jenama tidak lagi sekadar menjual produk, tetapi berusaha membina hubungan emosi dengan pengguna melalui nilai yang dikongsi bersama.

Bagi Safi, kecantikan bukan lagi sekadar soal penampilan luaran atau mengejar usia muda, sebaliknya tentang bagaimana seseorang wanita menghargai dirinya sendiri, menerima setiap fasa kehidupan dengan positif dan terus melangkah penuh keyakinan.

Melalui pelancaran semula Safi Youth Gold Rania, jenama itu bukan sahaja memperkenalkan teknologi penjagaan kulit yang lebih maju, malah mengajak wanita Malaysia melihat semula definisi kecantikan yang sebenar—iaitu kecantikan yang lahir daripada keyakinan, ketabahan dan keberanian untuk menjadi diri sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat