KUALA LUMPUR – Ingatlah kita pernah hilang tanah air kerana percaya kepada pedagang asing dan akhirnya, kita dijajah selama beratus tahun.
Hari ini, penjajahan tidak lagi guna senapang dan meriam. Mereka guna teknologi, kripto, dan komuniti digital.
Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid mengingatkan, jika kita terus leka, kita akan merempat di tanah sendiri.
“Saya amat bimbang melihat situasi di Forest City, Johor sekarang.
“Dahulu kita bimbang warga asing beli tanah kita. Sekarang, mereka bawa pencerobohan jenis baharu yang sangat halus.
“Mereka namakan komuniti ini sebagai “Network School”. Jangan mudah tertipu dengan istilah moden ini.
“Jangan biarkan “negara rangkaian” ini bertapak di bumi Malaysia,” tegas Rafique.
Menurut beliau, pengasas Network School secara terbuka sebut tentang ideologi “Tech Zionism”.
“Mereka mahu kumpul komuniti asing dan bina undang-undang sendiri.
“Matlamat akhirnya ialah menuntut kedaulatan “negara digital” di sini.
“Ini bukan pelaburan biasa, ini taktik membina “negara dalam negara”.
“Saya hairan kenapa kita mudah kagum dengan wang asing.Ya pelaburan penting tapi maruah dan keselamatan sempadan kita jauh lebih utama.
“Kita digula dengan janji pelaburan RM500 juta. Sekarang, pelabur asing ini mula sombong.
“Bila polis siasat, dia ugut tangguh pelaburan. Dia mahu kerajaan tunduk pada syaratnya.
“Sejak bila tetamu boleh gertak tuan rumah?
“Lebih bahaya, dakwaan kehadiran warga Israel di sana. Mereka dikatakan masuk menggunakan pasport negara kedua.
“Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan rejim zalim itu. Lupakah kita sejarah bagaimana negara haram diletak atas bumi yang milik orang lain? soalnya.
Rafique berpesan supaya tidak menggadai keselamatan negara demi mengejar status hab digital.
“Kerajaan hari ini mesti tegas dan berani.
“Jangan tamak kejar status dunia hingga kedaulatan tergadai.
“Ketatkan pemeriksaan imigresen dan risikan keselamatan di Johor.
“Jangan beri sebarang undang-undang khas kepada komuniti mencurigakan ini.
“Dahulu pihak Zionis tawar timbunan emaa pada Sultan Hamid III dari Turki. Mereka mahu tanah di Palestin.
“Sultan Hamid III menjawab “Saya tidak akan jual walau seinci tanah ini”.
“Kerajaan mesti tegas tolak ugutan/tawaran ini. Tidak cukup sekadar buat kenyataan tapi tiada tindakan.
“..Kepada rakyat semua, ingatlah sejarah,” katanya.



