RoS batalkan pendaftaran Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) membatalkan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan parti itu tidak dapat menyangkal asas pembatalan seperti dinyatakan dalam notis sebelum ini.

RoS dalam kenyataan pada Selasa berkata, keputusan itu dibuat Pendaftar Pertubuhan di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].

Menurut jabatan itu, PN sebelum ini diberikan peluang untuk mengemukakan penjelasan dan representasi menerusi notis bertarikh 22 September lalu yang dikeluarkan di bawah subseksyen 13(2) akta sama.

Susulan notis berkenaan, RoS menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober.

Bagaimanapun, selepas meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan, Pendaftar Pertubuhan mendapati alasan diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran yang dinyatakan dalam notis berkenaan.

RoS berkata, penjelasan tersebut juga tidak memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftaran parti itu.

“Sehubungan itu, Pendaftar Pertubuhan telah membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, RoS menegaskan, setiap pertubuhan berdaftar bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap peruntukan Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan masing-masing.

Jabatan itu turut menegaskan fungsi kawal selia dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara tegas, adil serta berlandaskan undang-undang bagi memastikan tadbir urus pertubuhan yang teratur, telus dan berintegriti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat