Kempen Pas slogan bahaya DAP tak selesai masalah dan kenyangkan rakyat Negeri Sembilan – Mahfuz

KUALA LUMPUR – Kempen menakut-nakutkan rakyat dengan slogan “bahaya DAP” bukanlah penyelesaian kepada masalah rakyat Negeri Sembilan.

Menurut Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz, ia hanyalah usaha mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi rakyat.

“Kalau doktor asyik bercakap tentang penyakit tetapi tidak mahu merawat pesakit, akhirnya penyakit tetap tidak sembuh.”

“Politik sepatutnya menawarkan penyelesaian bukan sekadar mengenal pasti musuh

“Jika benar DAP menjadi ukuran mutlak, mengapa Pas sendiri pernah bekerjasama dengan DAP? Mengapa hari ini Pas pula begitu bersungguh-sungguh menawarkan kerjasama dengan Umno sehingga sanggup meminta penyokongnya mengundi calon BN?

“Rakyat semakin bijak menilai. Mereka mahu melihat konsistensi (istiqamah) dan prinsip, bukan slogan yang berubah mengikut musim pilihan raya,” bidas Mahfuz.

Jelas beliau, Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sepatutnya menjadi pertandingan idea tentang siapa mampu membawa kestabilan, membangunkan ekonomi, membantu anak muda, memperkukuh pendidikan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Pas dan PN sepatutnya datang ke Negeri Sembilan dengan menunjukan pada rakyat Negeri Sembilan tentang apa perbandingan pencapaian ekonomi dan pembanggunan di negeri SG4 yang di terajui PAS yang lebih hebat dari Negeri Sembilan.

“Negeri Sembilan tidak memerlukan politik kebencian dan permusuhan. Negeri ini memerlukan politik yang matang, berhemah dan memberi harapan.

“Pas/BN mahu rakyat takut kepada DAP. PH mahu rakyat yakin kepada masa depan.

“Politik ketakutan tidak mengenyangkan rakyat. Politik penyelesaianlah yang membina negeri,” tegas Mahfuz lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat