22 bulan tak cukup, sekarang 44 bulan jadi kerajaan PH masih gagal hapuskan tol – Akmal

KUALA LUMPUR – Sekiranya 22 bulan dikatakan tidak cukup namun hari ini Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Persekutuan bermula November 2022 namun sehingga hari ini rakyat masih perlu membayar tol.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mempertikai, berapa lama lagi rakyat perlu ditipu dengan manifesto kononnya tol akan dihapuskan.

Akmal berkata demikian menyelar calon PH Dun Puteri Wangsa Maszlee Malik kononnya, ketika itu PH hanya 22 bulan bagi menjawab kegagalan menunaikan janji untuk menghapuskan tol Simpang Renggam.

“Kalau 22 bulan tidak cukup tapi hari ini PH telah menjadi kerajaan dan Pengerusi PH dah menjadi Perdana Menteri bermula dari November 2022.

“Kalau kirakan masa hari ini masuk bulan yang ke- 44 dah jadi PM dan kerajaan.

“Tapi tol masih ada dan rakyat masih ditipu sehingga hari ini. Saya ulang sekali lagi,tol masih ada dan perlu dibayar sehingga ke hari ini.

“Berapa lama lagi rakyat perlu ditipu oleh kamu? 100 tahun? 200 tahun? Moga bangsa Johor tolak penipu! selar beliau.

Sebelum itu, menjawab berkenaan janji menghapuskan tol Simpang Renggam, Maszlee memberitahu isu tol di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat sedangkan beliau ketika era pentadbiran PH 1.0 hanya sebagai Menteri Pendidikan bukannya Menteri Kerja Raya.

“Betul, itu tahun yang lama dan saya pun telah, apa katakan, itu bidang kuasa pusat, saya Menteri Pendidikan waktu itu dan bukannya Menteri JKR.

“Tapi untuk berlaku adil kepada kerajaan PH pada waktu itu, 22 bulan dah tak sempat banyak benda nak laksanakan. Cuma, persoalannya, kita lontarkan balik kepada Onn Hafiz, dia tak tunaikan lagi banyak manifesto BN pada tahun 2022,” kata Maszlee.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat