Chegu Bard dakwa dikenakan gag order halang sebut isu adat pemerintahan Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan bahawa beliau telah didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 membela kebenaran dalam isu adat pemerintahan Negeri Sembilan.

Penyelaras Kebangsaan Pembela Tanah Air (PETA) memberitahu, beliau telah ditahan dan kemudian hari ini diberi jaminan polis sekitar 8.30 pagi sebelum diiring ke dalam Mahkamah Seksyen 2, Seremban.

Menurut Chegu Bard, pendakwa raya telah meminta jaminan sebanyak RM10, 000 dan turut meminta gag order di mana menghalang beliau menyebut isu berkaitan adat pemerintahan Negeri Sembilan.

“Dalam mahkamah, depan hakim saya menyebut saya tidak bersalah kerana apa yang saya katakan kerana membela adat pemerintahan Negeri Sembilan dan saya minta dibicarakan.

“Mahkamah kemudian memutuskan tarikh perbicaraan bermula 3 Ogos 2026 dan mahkamah menolak permohonan gag order pihak pendakwaan serta menolak permohonan Pejabat Peguam Negara mengenai jaminan. Saya dibebaskan selepas membayar jaminan RM5000.

“Sebagai syarat tambahan saya kena melapor diri di Ibu Pejabat Polis Seremban sebulan sekali.

“Terima kasih kepada Peguam Rafique Rashid Ali dan Peguam Hanif Hassan yang hadir mewakili saya tadi. terima kasih juga kepada teman teman yang ramai hadir bersolidariti di mahkamah tadi,” ucap Chegu Bard dalam hantaran di Facebook beliau pada Khamis.

Mengulas lanjut kata Chegu Bard, isu adat pemerintahan Negeri Sembilan bukan isu perebutan takhta tapi ia isu ada tangan sedang menghancurkan sistem pusaka bangsa.

“Saya akan terus berpegang teguh mempertahankan adat selaku anak negeri dan anak waris adat.

“Tangkapan dan pendakwaan saya menguatkan keyakinan saya bahawa tangan tangan yang ingin menghancurkan adat pemerintahan dilindungi.

“Mereka yang menghina sistem beradat, menghina YTM Datuk Undang berempat bulu roma pun tak disentuh walaupun beratus laporan dibuat.

“Malah Pemuda Pakatan Harapan yang menamakan Anthony Loke Siew Fook sebagai Undang ke 5 dihadapan pemimpin PH juga terus tidak terusik.

“InsyaA-llah esok saya akan mulakan siri pendedahan penting mengenai kepincangan pengurusan agama khususnya berkaitan duit zakat dan kepentingan Melayu di Negeri Sembilan dan ini terjadi bila peranan YTM Datuk Undang berempat dan Tunku Besar Tampin dinafikan.

“Biar mati anak jangan mati adat. Di mahkamah Seremban juga hari ini YB Haim Hilman Abdullah juga didakwa kerana ucapan beliau membela hak pendidikan anak keluarga miskin,” kongsinya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat