Onn Hafiz pertahan DUN Machap, Adham Baba kembali cuba tawan DUN Pasir Raja

KUALA LUMPUR – Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap bakal mempertahankan kerusi itu sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, 11 Julai depan.

Pengumuman berkenaan disampaikan oleh Onn Hafiz sendiri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor pada Majlis Pengumuman Calon BN di Pejabat Perhubungan Umno Johor Bahru pada petang Rabu.

Pada PRN 2022, Onn Hafiz memenangi kerusi DUN Machap dengan majoriti 6,543 undi selepas meraih undi 11,029 undi menewaskan pesaingnya, Azlisham Azahar (Perikatan Nasional-Pas), R Sangaran (Muda) dan Sharuddin Md Salleh (Pejuang).

Sementara itu, bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba melakukan kejutan apabila namanya dicalonkan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja.

Adham yang juga Ketua Umno Bahagian Tenggara pernah menjadi Adun Pasir Raja selama dua penggal (2008-2018) dan Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal (2004-2008) dan pada 2018-2022.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala 27 Jun ditetapkan sebagai hari penamaan calon dan pengundian awal pada 7 Julai.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat