Belum ada Rohingya dihantar pulang – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tiada etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar dalam proses penghantaran pulang rakyat negara itu yang dilaksanakan Malaysia setakat ini.

Menurut Anwar, perkara itu masih dalam rundingan dan akan dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Presiden Myanmar dalam masa terdekat.

“Dalam rekod kita setakat ini, belum ada rakyat Rohingya yang dihantar pulang tetapi ia masih dalam perbincangan dan saya akan bangkitkan dalam pertemuan dengan Presiden Myanmar,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar berkata, sebarang usaha membawa pulang rakyat Myanmar dilaksanakan berdasarkan persetujuan mereka sendiri dan bukan secara paksaan.

Katanya, kerajaan turut menetapkan jaminan berkaitan hak asasi manusia sebagai antara syarat sebelum proses penghantaran pulang dilaksanakan.

“Dalam perjanjian kita, kita bawa pulang rakyat Myanmar, sama ada Arakan, Shan, Karen atau Rohingya. Kita berikan jaminan hanya dengan persetujuan mereka, barulah kita bawa pulang untuk menjamin hak asasi.

“Yang pulang itu adalah yang tandatangan, mereka setuju tanpa paksaan,” jelasnya.

Menurut Anwar, Malaysia mahu memastikan rakyat yang dibawa pulang menerima layanan munasabah dan tidak berdepan pelanggaran hak asasi manusia.

Beliau berkata perkara itu turut mendapat jaminan daripada kerajaan Myanmar dalam rundingan yang diadakan sebelum ini, termasuk ketika pertemuan beliau dengan Menteri Luar negara berkenaan di Beijing.

“Saya tatkala bertemu Presiden Myanmar dalam beberapa hari ini akan bangkitkan isu ini supaya dapat ditangani sebaik mungkin,” jelas Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat