BUKIT GAMBIR – Pakatan Harapan (PH) malam ini mengumumkan senarai penuh 56 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, sekali gus menampilkan gabungan pemimpin berpengalaman, profesional, golongan muda dan wanita bagi menawarkan kepimpinan yang diyakini mampu membawa agenda pembangunan negeri.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan di Padang Bukit Gambir Extreme Park yang dihadiri ribuan penyokong.
Turut hadir Timbalan Pengerusi PH, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Anthony Loke serta barisan kepimpinan PH Johor.
Dalam ucapannya, Anwar berkata calon-calon yang dipilih mempunyai rekod perkhidmatan, pengalaman serta komitmen tinggi terhadap rakyat.
“Mulai sekarang ini, kita mesti bekerja kuat untuk memenangkan calon-calon kita,” katanya selepas mengumumkan satu persatu calon PH yang akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Beliau berkata Johor memerlukan kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja keras bagi memastikan pembangunan negeri dapat dipacu secara lebih inklusif serta mampan.
Daripada 56 kerusi yang ditandingi PH, PKR diberikan 22 kerusi, AMANAH 19 kerusi dan DAP 15 kerusi.
Antara nama yang menjadi perhatian ialah bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dicalonkan di DUN Puteri Wangsa dan Suhaizan Kaiat di Larkin.
Pengumuman calon malam ini turut memperlihatkan komitmen PH untuk memberi ruang kepada generasi baharu kepimpinan melalui penyertaan lebih ramai calon muda dan profesional dalam pelbagai bidang.
*Senarai penuh calon PH PRN Johor Ke-16*
*N01 Buluh Kasap* – Rozy Razit (PKR)
*N02 Jementah* – Ng Kor Sim (DAP)
*N03 Pemanis* – Jalex Lee En Xiang (PKR)
*N04 Kemelah* – Mohd Afif Abd Hamid (PKR)
*N05 Tenang* – Elia Nadira Sabudin (AMANAH)
*N06 Bekok* – Tay Yok Jiuen (DAP)
*N07 Bukit Kepong* – Mani (AMANAH)
*N08 Bukit Pasir* – Mohd Najib Lep (AMANAH)
*N09 Gambir* – Mohd Nor Mohd Yusof (PKR)
*N10 Tangkak* – Ee Chin Li (DAP)
*N11 Serom* – Ahmad Nazari Abd Hamid (AMANAH)
*N12 Bentayan* – Ng Yak Howe (DAP)
*N13 Simpang Jeram* – Ir Nazri Abd Rahman (AMANAH)
*N14 Bukit Naning* – Md Ysahrudin (PKR)
*N15 Maharani* – Muhammad Taqiuddin Cheman (AMANAH)
*N16 Sungai Balang* – Soraya Badaruddin (AMANAH)
*N17 Semerah* – Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR)
*N18 Seri Medan* – Cikgu Hishamuddin (PKR)
*N19 Yong Peng* – Yong Hui Yi (DAP)
*N20 Semarang* – Ramli Abd Hamid (PKR)
*N21 Parit Yaani* – Md Ezam Md Taslim (AMANAH)
*N22 Parit Raja* – Shazwan Zainal Abidin (PKR)
*N23 Penggaram* – Felicia Poh Rui Ling (DAP)
*N24 Senggarang* – Onn Abu Bakar (PKR)
*N25 Rengit* – Mohamad Yazid Bakri (PKR)
*N26 Machap* – Nor Hafiz Roslan (AMANAH)
*N27 Layang-Layang* – Guna Balakrishnan (DAP)
*N28 Mengkibol* – Chu Poh Yee (DAP)
*N29 Mahkota* – Ahmad Zuhan Mohd Zain (AMANAH)
*N30 Paloh* – Dr Ruben Arumungum (DAP)
*N31 Kahang* – Mohd Sabri Abd Kadir (AMANAH)
*N32 Endau* – Saiful Nizam Samat (AMANAH)
*N33 Tenggaroh* – Md Yusof Dawam (PKR)
*N34 Panti* – Ahmad Daniel Sharudin (AMANAH)
*N35 Pasir Raja* – Fakharuddin Moslim (PKR)
*N36 Sedili* – Amirul Husni Onn (AMANAH)
*N37 Johor Lama* – Danish Rahman (PKR)
*N38 Penawar* – Mohd Sawaludin Salleh (AMANAH)
*N39 Tanjung Surat* – Faizul Abdul Ghani (PKR)
*N40 Tiram* – Nor Zulaila Abd Ghani (PKR)
*N41 Puteri Wangsa* – Dr Maszlee Malik (PKR)
*N42 Johor Jaya* – Lee Wern Yiing (DAP)
*N43 Permas* – Teo Siew Hui (AMANAH)
*N44 Larkin* – Suhaizan Kaiat (AMANAH)
*N45 Stulang* – Andrew Chen Kah Eng (DAP)
*N46 Perling* – Alan Tee Boon Tsong (DAP)
*N47 Kempas* – Faezuddin Puad (PKR)
*N48 Skudai* – Kartiyaini Jeyapalan (DAP)
*N49 Kota Iskandar* – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH)
*N50 Bukit Permai* – Mohamad Shafwan Ani (AMANAH)
*N51 Bukit Batu* – Arthur Chiong Sen Sern (PKR)
*N52 Senai* – Wong Bor Yang (DAP)
*N53 Benut* – Abdul Razak Ismail (PKR)
*N54 Pulau Sebatang* – Haniff Hosman (PKR)
*N55 Pekan Nanas* – Yeo Tun Siong (DAP)
*N56 Kukup* – Cheah Chee Hong (PKR)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, 7 Julai sebagai hari pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor Ke-16.
PRN Johor kali ini dijangka menjadi medan penting untuk menguji kekuatan parti-parti politik utama serta sokongan rakyat terhadap gabungan yang bertanding menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.



