PKR serah kepada pasukan peguam tentukan tindakan terhadap Rafizi, Nik Nazmi

KUALA LUMPUR – Tindakan lanjut terhadap bekas Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang meninggalkan PKR, diserahkan kepada peguam yang dilantik parti, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Menurut beliau, langkah susulan terhadap bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden PKR itu akan diputuskan pasukan peguam parti.

“Mereka sudah letak jawatan sudahlah, sudah keluar parti. Jadi, saya serahkan kepada pasukan peguam,” katanya menurut BH di Johor para Jumaat.

Terdahulu pada 17 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi melepaskan kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa disusuli pengumuman keluar PKR.

Berikutan itu, PKR dilaporkan meneliti kemungkinan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka mengikut peruntukan Akta Antilompat Parti serta menuntut bon bernilai RM10 juta yang dikenakan terhadap kedua-dua mereka.

Rafizi dan Nik Nazmi kemudian mendaftar sebagai ahli biasa Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) pada 21 Mei, namun PKR menganggap tarikh ikrar keluar parti dibuat mereka adalah pada 17 Mei.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat