Pas tak buat kenyataan media sekadar nak beritahu terima, jawab surat – Afnan

KUALA LUMPUR – Pas tidak buat kenyataan media hanya semata-mata nak beritahu ia menerima surat dan menjawab surat, kata Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata demikian menjelaskan, surat daripada Setiausaha Agung Pas seperti yang disebut dalam kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini adalah jawapan balas terhadap surat yang dihantar Presiden Bersatu berkenaan sebelum ini.

“Ada yang bertanya. Surat apa yang Pas hantar kepada Bersatu seperti yang disebut dalam kenyataan media Bersatu semalam.

“Suka untuk diberitahu, ianya adalah surat jawapan balas daripada Pas terhadap surat yang Presiden Bersatu hantar sebelum ini.

“Surat Bersatu itu bertarikh 25 Mei 2026. Panjangnya 13 muka surat. Isi kandungannya adalah respon balas Bersatu terhadap satu sidang media oleh Presiden Pas usai kuliah pagi Jumaat di Rusila 22 Mei 2026 lalu, mengenai hubungan Pas-Bersatu.

“Oleh kerana ada perkara-perkara yang perlu diperjelaskan Pas dengan lebih lanjut dan terperinci, maka Pas menjawab surat itu. Panjang surat Pas hanya 8 muka surat sahaja.

“Bezanya, Pas tidak buat kenyataan media hanya semata-mata nak beritahu ia menerima surat dan menjawab surat. Itulah ceritanya. Sekian,” jelas Afnan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat