Anwar didesak berhenti guna ‘sakau’ selagi belum jelaskan isu Farhash – Puad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak supaya berhenti menggunakan istilah ‘sakau’ selagi tidak dapat menjelaskan
berkenaan ‘skandal’ terkait ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang sering dibangkitkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi berkata, mengulangi istilah sakau dalam majlis rasmi dan awam menyebabkan rakyat semakin sinis terhadapnya.

“PMX tidak lagi sesuai menggunakan istilah sakau selagi tidak dapat menjelaskan isu Farhash yang sering dibangkitkan oleh Rafizi.

“Bertambah buruk lagi kerana isu mafia korporat senyap begitu sahaja.

“Lebih banyak negatif daripada positif kepada imej kerajaan apabila istilah sakau diulang ulangi.

Hakikatnya kata beliau, rakyat melihat munculnya sosok baru si “maha kaya” yang dituduh sakau sana sini.

“Hairannya kenapa tutup mata sebelah? soal Speaker DUN Johor itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat