Speaker Dewan Rakyat tunggu surat rasmi Rafizi, Nik Nazmi sebelum muktamadkan status kerusi

KUALA LUMPUR – Status Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ahli Parlimen selain keperluan mengadakan PRK selepas kedua-duanya mengosongkan kerusi Pandan serta Setiawangsa akan diputuskan selepas meneliti surat mereka.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau akan menunggu surat pemakluman rasmi pengosongan kerusi oleh dua bekas pemimpin PKR itu sebelum mengambil tindakan.

“Saya cuma boleh bertindak setelah menerima dokumentasi, tidak (semata-mata) dengan mengambil maklumat selain dari itu,” jelasnya menurut FMT.

Rafizi dalam sidang media selepas mengumumkan hala tuju politiknya pada Ahad berkata, beliau menyerahkan kepada Johari untuk membuat keputusan mengikut Perlembagaan sama ada PRK perlu diadakan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, sepatutnya tidak ada PRK selepas tempoh tiga tahun Parlimen untuk penggal ini, namun ada peruntukan di dalam Perlembagaan bahawa Speaker boleh menulis untuk mengadakan PRK sekiranya kekosongan itu ada kesan kepada majoriti kerajaan.

Mengikut laporan media sebelum ini, Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRK tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku dalam tempoh dua tahun terakhir sebelum Parlimen terbubar secara automatik.

Tempoh itu bermula pada 19 Dis tahun lepas, iaitu selepas tiga tahun Parlimen penggal ini bersidang buat kali pertama susulan PRU15 pada November 2022.

Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan pengosongan kerusi masing-masing di Parlimen Pandan dan Setiawangsa pada Isnin.

Dua bekas menteri itu turut mengumumkan keluar PKR dan menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) secara rasmi mulai Selasa.

Surat pengosongan kerusi Parlimen akan diserahkan kepada Johari esok dan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Fuziah Salleh, sehari kemudiannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat