Insiden pertukaran bayi di wad telah dikenal pasti – Pengarah HTA

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Hospital Tunku Azizah (HTA) mengesahkan telah berlaku satu insiden melibatkan pertukaran bayi secara tidak disengajakan di salah satu wad di hospital ini, kata Pengarahnya, Dr. Shamsul Anuar Kamaruddin.

Dr. Shamsul berkata insiden tersebut telah dikenal pasti oleh petugas hospital dan tindakan pembetulan segera telah diambil sebaik sahaja perkara itu disedari.

“Bayi-bayi yang terlibat telah dikenal pasti serta diserahkan semula kepada ibu masing-masing dalam keadaan selamat.

“Pihak hospital turut memberikan penerangan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga yang terlibat,”katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, hasil semakan awal mendapati tiada sebarang prosedur penyusuan atau rawatan yang menjejaskan keselamatan bayi berlaku sepanjang tempoh insiden berkenaan.

Ujarnya, HTA memahami kebimbangan dan perhatian orang ramai susulan penyebaran perkara ini di media sosial dan pihak hospital telah mengambil tindakan segera mengikut prosedur yang ditetapkan serta memastikan aspek keselamatan dan kebajikan bayi-bayi yang terlibat sentiasa diberi keutamaan.

“HTA memandang serius perkara ini dan satu siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta menambah baik prosedur kerja sedia ada bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang.

“Pihak hospital juga akan memperkukuh langkah kawalan dalaman bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan, ”ujarnya lagi.

Tambahnya, HTA komited untuk memastikan keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan dan amat menghargai kerjasama serta kefahaman semua pihak.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat