STRIDE Perkukuh Ekosistem Industri Pertahanan Melalui Empat Kerjasama Strategik di DSA 2026

KUALA LUMPUR, – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menerusi Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) memperkukuh ekosistem industri pertahanan negara melalui pemeteraian empat dokumen kerjasama strategik bersama syarikat tempatan sempena Defence Services Asia 2026 (DSA 2026) di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Kerjasama tersebut merangkumi satu Memorandum Perjanjian (MoA), dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Surat Hasrat (LoI), yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, pembangunan, inovasi serta pengujian teknologi pertahanan negara.

Antara dokumen utama yang dimeterai ialah MoA antara kerajaan Malaysia dan High Point Worldwide Sdn. Bhd. bagi pembangunan kenderaan tempur infantri (ICV) dan kenderaan seksyen infantri (ISV) untuk kegunaan ketenteraan, bertujuan memperkukuh keupayaan operasi Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, MoU dimeterai bersama Ketech Asia Sdn. Bhd. yang memfokuskan kepada penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengujian sistem persenjataan serta amunisi secara bersepadu. Satu lagi MoU melibatkan Empayar Paradigma Sdn. Bhd. bagi kerjasama strategik dalam pembangunan dan inovasi amunisi tempatan.

Dalam pada itu, STRIDE turut memeterai LoI dengan Ryver Flow Sdn. Bhd. bagi cadangan kerjasama dalam lokalisasi sistem persekitaran marin serta teknologi Chemical, Biological, Radiological and Nuclear (CBRN), termasuk aspek pengujian dan validasi teknikal.

Menurut STRIDE, kesemua kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kolaborasi strategik bersama industri tempatan, di samping memacu pembangunan teknologi pertahanan berimpak tinggi serta meningkatkan kesiapsiagaan ATM.

Inisiatif berkenaan juga selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang menekankan pembangunan keupayaan tempatan, pemindahan teknologi dan pengurangan kebergantungan kepada sumber luar.

STRIDE menegaskan akan terus memainkan peranan sebagai peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi pertahanan negara, sekali gus memperkukuh kemandirian serta daya saing ekosistem pertahanan nasional.- Suara TV

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat