Pendakwah persoal pemilihan Ardell sertai Sumud 2.0, minta penganjur jelaskan kriteria peserta

KUALA LUMPUR, – Pendakwah Islam, Ustaz Syihabuddin Ahmad mempersoalkan keputusan penganjur Global Sumud Flotilla 2.0 yang sekali lagi memilih pelakon dan selebriti Ardell Aryana untuk menyertai misi kemanusiaan ke Palestin, susulan pengalaman kontroversi dalam misi terdahulu.

Dalam tulisan panjang yang dimuat naik hari ini, beliau menegaskan bahawa beliau menyokong penuh matlamat misi berkenaan untuk memecahkan sekatan terhadap Palestin dan membuka mata dunia mengenai penderitaan rakyat Gaza.

“Saya tak ada masalah. Saya berikan sokongan penuh,” katanya sambil menyifatkan usaha Global Sumud sebagai perjuangan yang wajar diberi dokongan.

Namun, beliau membangkitkan persoalan mengenai kelayakan Ardell untuk dipilih sekali lagi selepas pengalaman misi terdahulu yang menurutnya menunjukkan selebriti itu menghadapi masalah kesihatan dan tekanan mental.

Menurut Syihabuddin, Ardell dilaporkan mengalami masalah kesihatan sepanjang misi pertama sehingga memerlukan rawatan di atas kapal, hospital di Turki dan seterusnya rawatan susulan selepas pulang ke Malaysia.

Beliau turut merujuk kepada pengakuan Ardell dalam satu temu bual radio bahawa beliau mengalami keresahan dan kemurungan selepas kembali daripada misi sebelum ini.

“Yang saya pelik, macam mana wanita lemah seperti Ardell ini terpilih sekali lagi sedangkan sejarah telah mengajar kita bahawa dia seorang yang lemah, sakit dan tak mampu menjaga diri sendiri,” katanya.

Syihabuddin turut mempersoalkan aspek keselamatan peserta wanita dalam misi berisiko tinggi seperti itu, termasuk isu pengiring mahram dan kemampuan pihak penganjur melindungi maruah serta keselamatan peserta.

Beliau turut mempersoalkan proses pemilihan peserta dan meminta pihak penganjur menjelaskan secara terbuka bagaimana saringan dilakukan sehingga Ardell sekali lagi diluluskan.

“Kita wajib bertanya kepada pihak penganjur – bagaimana selection dilakukan? Dan bagaimana Ardell boleh lulus sedangkan dia telah gagal dalam misi sebelum ini?” katanya lagi.

Dalam masa sama, beliau turut menyentuh keputusan suami Ardell yang membenarkan isterinya menyertai misi tersebut sekali lagi, meskipun sebelum ini meluahkan kemarahan terhadap layanan yang diterima isterinya semasa misi terdahulu.

Bagaimanapun, Syihabuddin menegaskan kritikannya bukan ditujukan kepada matlamat misi Global Sumud, sebaliknya kepada aspek pemilihan peserta, khususnya wanita yang menurutnya perlu dipastikan benar-benar bersedia dari segi fizikal, mental dan keselamatan.

“Saya menyokong usaha murni Global Sumud Flotilla 1.0 dan 2.0 tetapi tolonglah semak sungguh-sungguh sebelum nak buat selection,” katanya.

Ulasan penuh Syihabuddin boleh ditonton dalam podcast beliau: https://youtu.be/EWSTS64zx2c

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat