Annuar Musa kemuka 3 idea luar kotak kepada Kerajaan Madani, kurangkan impak krisis tenaga

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) merasakan keuntungan tambahan yang melebihi AS$ 12 bilion hasil daripada kenaikan harga minyak patut digunakan sebahagiannya bagi menurunkan harga diesel.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa berkata, diskriminasi harga antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga perlu diteliti semula memandangkan impak harga diesel yang terlalu tinggi kepada petani,pesawah dan indutri kecil dan logistik di Semenanjung sudah mencapai tahap “parah”.

Justeru beliau menegaskan, kerajaan perlu pendekatan lebih proaktif.

Menurut AJK Pas Pusat itu, krisis tenaga yang melanda dunia akibat perang AS-Iran tidak harus ditangani cara biasa dan melepaskan bebanan kepada rakyat sehingga rakyat terpaksa menanggung kesan yang sangat berat

Beliau mengingatkan, kerajaan juga tidak harus sewenang-wenang menuduh reaksi rakyat sebagai melulu,malah kerajaan perlu terus bersikap telus serta mengambil tindakan yang berkesan dan bijaksana.

“Kerajaan perlu menghimpunkan tenaga pakar dalam industri dan perdagangan minyak dunia agar diperinci dan dilihat semula semua prosedur,amalan, pendekatan dan mengambil langkah berani dan di luar kotak untuk meminimakan impak bekalan terhad minyak mentah untuk keperluan negara.

“Pada 1 April lalu, MN telah menyampaikan kepada kerajaan, khususnya PM, TPM 2 dan Menteri MITI, syor spesifik untuk jangka pendek dan segera dipertimbangkan kerajaan.

“Hari ini dua lagi syor jangka pendek dan sederhana dikemukan untuk perhatian kerajaan. Isu krisis tenaga tidak harus dipolitik
justeru MN menyampaikan terus pada kerajaan.

“Antaranya melibatkan penggunaan “green currency” dan direct barter trade antara negara membekal diesel dengan Malaysia yang membekal CPO.

“Barter antara “calories” dan “energy” dengan negara tertentu dapat bypass backlog bekalan minyak mentah dari Selat Hormuz.

“MN juga mencadangkan penguatkuasaan lebih tegas bagi membenteras kegiatan “dark Armada ” yg menjalankan aktiviti STS transfer di lautan Johor dan Melaka bagi melabel bekalan minyak yang di sanctioned sebagai minyak Malaysia.

“Minyak seperti ini harus dirampas mengikut peraturan tertentu dan demi menjaga kedaulatan Malaysia.

“MN juga mencadangkan pendekatan jangka sederhanadan mengimbangi pembelian menggunakan USD kepada sistem alternatif menggunakan RMB /Matawang Cina di Shanghai,” syor beliau.

Annuar menyatakan, pendekatan-pendekatan luar kotak ini jika dilaksanakan akan menjadikan perdagangan negara lebih berketahanan,dan tidak terlalu terdedah kpd “greenback” trades semata mata yang sangat terkesan dengan perang AS-Iran.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat