Fiesta KAMBEST 2026 Bendang Siam berlangsung meriah, PUO tunjuk sokongan padu

Oleh Zihan Zari

TAIPING – Semangat ukhuwah dan nilai murni masyarakat Madani terpancar jelas hari ini melalui penganjuran Fiesta KAMBEST 2026 berlangsung meriah di Kampung Batu 8 Bendang Siam, dekat sini baru-baru ini.

Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam kenyataan berkata program ini merupakan inisiatif kolaborasi strategik antara Kolej Komuniti Shah Alam (KKSA), Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Perak, serta Kolej Komuniti Bayan Baru.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr. Shamsuri Abdullah turun ke lapangan bagi menyokong program ini telah memberikan impak yang sangat positif.

“Kehadiran Dr. Shamsuri bukan sahaja sebagai tanda sokongan pengurusan tertinggi, malah sebagai simbolik komitmen berterusan JPPKK dalam memacu agenda pemerkasaan komuniti luar bandar melalui pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan.

​“Menambah keistimewaan majlis, program ini turut disambut mesra oleh mantan Ketua Pengarah JPPKK, Dato’ Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail yang kini berbakti sebagai Pengerusi Surau Kampung Bendang Siam.

“Kehadiran beliau di kampung kelahirannya memperlihatkan kesinambungan kepimpinan dan nilai rendah diri seorang tokoh pendidikan yang terus berkhidmat kepada masyarakat setempat selepas persaraan, ”kata kenyataan itu.

Ujarnya, ​solidariti PUO, sebagai tanda setiakawan dan sokongan tidak berbelah bahagi sesama institusi di bawah JPPKK, pasukan daripada PUO turut turun padang dengan membuka gerai jualan dan pameran.

“Penglibatan aktif warga PUO dalam fiesta ini bukan sahaja bertujuan memeriahkan suasana, malah berfungsi sebagai platform interaksi terus antara warga politeknik tertua negara itu dengan penduduk kampung melalui perkongsian maklumat dan khidmat nasihat.

“Pengisian utama Fiesta KAMBEST 2026 antaranya, Gerobok Rezeki merupakan inisiatif bantuan keperluan asas buat golongan yang memerlukan, dan memancing amal sebagai aktiviti riadah bertujuan mengumpul dana sumbangan.

“Selain itu, pendidikan dan bakat pertandingan mewarna dan sukaneka bagi mencungkil potensi kanak-kanak, serta aktiviti ekonomi komuniti yang mengetengahkan hasil jualan usahawan daripada pelajar POLYCC bagi merancakkan ekonomi setempat, ”ujarnya lagi.

“Program ini membuktikan bahawa institusi pendidikan seperti POLYCC bukan sahaja berperanan sebagai pusat kecemerlangan kemahiran, malah sebagai pemangkin transformasi sosial yang rapat dengan hati rakyat.

“Kerjasama strategik antara KKSA, POLYCC Perak (melibatkan PUO), dan KK Bayan Baru ini diharap dapat menjadi model kepada program kemasyarakatan yang lebih inklusif pada masa hadapan, ”tambahnya. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat