‘Extremist’ Ugut, Serang Rumah dan Bakar Kereta Juga Perlu Dihukum : Akmal Jawab Syahredzan

CYBERJAYA – Ketua Pemuda United Malays National Organisation (UMNO), Akmal Saleh, menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil bukan sahaja terhadap individu yang didakwa menghina simbol agama Hindu, tetapi juga terhadap pihak yang mengugut serta melakukan tindakan keganasan susulan insiden tersebut.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Akmal berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap individu yang memijak simbol Trisula, namun pada masa sama tidak boleh mengabaikan tindakan pelampau yang didakwa mengugut dengan kekerasan, menyerang rumah serta membakar kenderaan individu lain.

Menurut beliau, tindakan sedemikian adalah lebih berbahaya dan memerlukan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

“Bukan sahaja tindakan tegas kepada individu yang memijak trisula perlu dikenakan, tetapi tindakan tegas juga perlu dikenakan ke atas mereka yang ekstremis mengugut dengan kekerasan, menyerang rumah dan membakar kereta orang,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai sebagai respon kepada kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, yang sebelum ini menggesa tindakan segera diambil terhadap individu yang didakwa menghina simbol agama Hindu berkenaan.

Akmal turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang tidak seharusnya dilihat hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja.

“Jangan lihat sebelah pihak sahaja, pihak yang sebelah sana juga perlu dihukum,” katanya.

Isu berkenaan tercetus selepas satu video tular memaparkan seorang lelaki didakwa memijak simbol Trisula yang dianggap suci oleh penganut agama Hindu, sekali gus mencetuskan reaksi dan perdebatan dalam kalangan masyarakat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat