KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mendakwa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuan bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan Putrajaya setelah menyedari hakikat Perdana Menteri tidak mempunyai kekebalan untuk disaman.
“Ini bermaksud pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung menerima hakikat bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kekebalan untuk disaman.
“Inilah yang sepatutnya disedari oleh pasukan peguamnya dari awal lagi,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Fadhli berkata demikian mengulas tindakan Anwar menarik balik rayuan bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan Putrajaya, ntaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.
Rujukan persoalan undang-undang itu adalah berkaitan saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya Yusoff Rawther, berhubung satu insiden yang berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri, lapan tahun lalu.



