Serangan AS ke atas Iran ganggu ekonomi dunia, Malaysia – Johari

KUALA LUMPUR – Serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran sudah menjejaskan laluan perdagangan dengan gangguan susulan dijangka berlaku,kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Ghani.

“Bila kapal nak masuk (pelabuhan) tak boleh. Semalam misalnya, berapa banyak penerbangan perlu berpatah balik dan ada tidak boleh diteruskan.

“Ini antara gangguan kepada ekonomi negara dan dunia,” katanya menurut New Straits Times.

Menurut Johari, konflik berlarutan boleh terus menjejaskan aktiviti ekonomi, selain menyatakan kementeriannya juga sedang menilai kemungkinan implikasi terhadap pelaburan asing.

Pengawal Revolusi Iran dilaporkan telah menghantar transmisi yang menyatakan ‘tiada kapal dibenarkan melepasi Selat Hormuz’, yang merupakan laluan eksport minyak paling penting di dunia, menghubungkan pengeluar minyak terbesar Teluk, seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, dan Emiriah Arab Bersatu, dengan Teluk Oman dan Laut Arab.

Serangan ke atas Iran oleh AS-Israel mengakibatkan serangan balas oleh Iran ke atas pangkalan AS di rantau berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat