5,000 ahli baharu sertai PKR cerminan keyakinan rakyat – Anwar

KUALA LUMPUR – PKR mencatat pertambahan hampir 5,000 anggota baharu sejak kebelakangan ini, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan rakyat terhadap perjuangan parti itu.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun berdepan suasana politik yang disifatkan sebagai ‘riuh rendah’, sokongan terhadap PKR kekal kukuh.

“Kita ada berita baik, dalam keadaan riuh rendah sedikit sebanyak ini, keanggotaan bertambah hampir 5,000 yang baharu.

“Kenaikan itu menunjukkan keyakinan terhadap perjuangan parti masih mendalam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada Ahad.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan, lapor Bernama.

Dalam pada itu, Anwar menyeru pimpinan PKR di semua peringkat supaya terus memperkukuh jentera parti serta memperjelas isu yang berpotensi menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, penjelasan yang tuntas dan berfakta amat penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap parti terus diperkukuh.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat