Nabila Razali bangkitkan debaran Pra-Syawal menerusi ‘Tak Sabar Nak Raya!’

Musim perayaan 2026 menyaksikan satu lagi naskhah raya yang berpotensi menjadi siulan ramai, namun kali ini menariknya bukan sekadar tentang kemeriahan Aidilfitri. Single terbaharu daripada Nabila Razali berjudul “Tak Sabar Nak Raya!” tampil dengan pendekatan naratif yang lebih sinematik sebuah prekuel yang melengkapkan dunia raya yang pernah dibinanya sebelum ini.

Jika dua tahun lalu peminat terhibur dengan lagu “Raya Mana?” yang mengangkat dilema wanita selepas berkahwin memilih kampung halaman, kali ini “Tak Sabar Nak Raya!” membawa pendengar kembali ke fasa sebelum perkahwinan. Ia memaparkan detik-detik nostalgia seorang gadis bujang yang masih tinggal bersama keluarga, merantau bekerja di bandar dan teruja untuk pulang menyambut Syawal.

Pendekatan ini menjadikan karya baharu ini bukan sekadar lagu raya biasa, sebaliknya sebahagian daripada penceritaan bersiri yang saling berkait. Malah, kemunculan semula Aizat Sahar dalam muzik video memperkukuh kesinambungan naratif tersebut, seolah-olah memperlihatkan detik awal pertemuan pasangan yang sebelum ini sudah diperkenalkan kepada penonton.

Berbeza daripada kebanyakan lagu raya yang memfokuskan pagi Syawal, karya ciptaan pasukan komposer termasuk Brendan Lim Seng Meng, Denise Chan Li-Hsia, Foong Le Xin dan Asyraf Nasir ini memilih untuk “menangkap” momen sebelum raya.

Perasaan tak sabar gosok baju raya lebih awal, berangan tentang duit raya, memikirkan gaya tudung, serta debaran pulang ke kampung menjadi inti utama lagu. Struktur lagu yang mudah, berulang dan ‘catchy’ dengan hook “Tak Sabar Nak Raya” sengaja dirangka agar cepat melekat di ingatan pelbagai peringkat umur.

Pendekatan ini dilihat lebih dekat dengan realiti masyarakat Malaysia, yang sering merasakan kemeriahan sebenar bermula beberapa hari sebelum 1 Syawal.

Menambah warna pada lagu ini ialah penampilan khas Nabil Ahmad yang menyuntik elemen humor dan spontaniti dalam rakaman. Kehadirannya bukan sekadar gimik, tetapi memberi tekstur berbeza pada karya yang sarat dengan elemen ceria dan santai.

Dari sudut produksi, rakaman vokal yang disiapkan dalam tempoh empat jam memperlihatkan keserasian antara penyanyi dan pasukan produksi, termasuk MFMF selaku produser dan penyusun muzik.

Penggambaran muzik video selama 12 jam di Hulu Langat menampilkan latar rumah kampung tradisional satu simbol visual yang kuat dalam naratif raya Malaysia. Cabaran cuaca dan koreografi berkumpulan tidak menghalang pasukan produksi menzahirkan suasana komuniti yang meriah.

Penglibatan pempengaruh media sosial serta bakat pelbagai peringkat usia turut memberi gambaran bahawa raya bukan sekadar tentang individu, tetapi tentang kebersamaan dan jaringan sosial yang lebih luas.

Menariknya, “Tak Sabar Nak Raya!” bukan hanya berdiri sebagai single semata-mata. Lagu ini turut dipilih sebagai runut bunyi rasmi mini siri 20 episod Di Sebalik Cahaya Raya yang akan ditayangkan di Viu bermula 26 Februari 2026. Sinergi antara muzik dan drama ini memperkukuh lagi jenama serta naratif yang sedang dibina.

TAK SABAR NAK RAYA! boleh didengarkan di semua placorm digital muzik utama termasuk SpoFfy, Apple Music dan YouTube Music mulai 27 Februari 2026.

Daripada sudut strategik, “Tak Sabar Nak Raya!” membuktikan bahawa lagu raya masih relevan jika dibina dengan naratif yang kuat dan dekat dengan pengalaman sebenar masyarakat. Dengan pendekatan prekuel yang unik, elemen komedi, serta kesinambungan visual dan drama, karya ini berpotensi menjadi antara lagu wajib putar musim Aidilfitri tahun ini bukan hanya kerana melodinya, tetapi kerana ceritanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat