Malaysia perlukan SPRM bersih tanpa keraguan, Azam digesa letak jawatan – Pengerusi PAC

KUAlA LUMPUR -Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sekiranya benar terdapat pemilikan saham yang melebihi had yang ditetapkan bagi penjawat awam, atau wujud ketidakpatuhan kepada garis panduan perkhidmatan, beliau menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki untuk meletakkan jawatan.

Ujarnya, ini demi memelihara kredibiliti SPRM.

“Semalam dilaporkan oleh Bloomberg bahawa pemilikan nilai pegangan saham bernilai RM800,000 oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki iaitu 17.7juta saham Velocity Capital Partner Bhd.

“Hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Azam Baki, mempunyai pegangan saham dalam sebuah lagi syarikat yang sekali lagi mungkin tidak mematuhi peraturan yang mengehadkan jumlah saham yang boleh dimiliki oleh seorang penjawat awam dalam satu entiti.

“Saya memandang serius laporan berhubung pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM ini.

“Sebagai individu yang mengetuai institusi terpenting dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa, sebarang persoalan berkaitan pematuhan kepada peraturan perkhidmatan awam, had pemilikan saham, serta potensi konflik kepentingan tidak boleh dipandang ringan,” tegas Ahli Parlimen Masjid Tanah itu.

Menurut Mas Ermieyati, SPRM adalah institusi yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan rakyat. Integriti kepimpinannya mesti berada pada tahap tertinggi bukan sahaja bebas daripada salah laku, tetapi juga bebas daripada sebarang persepsi meragukan.

“Malaysia memerlukan SPRM yang bukan sahaja tegas, tetapi juga bersih tanpa sebarang keraguan.

“Kepercayaan rakyat adalah asas kepada kekuatan institusi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat