Sarawak sedia tambah jumlah eksport babi ke Selangor, susulan larangan Sultan Sharafuddin

KUALA LUMPUR – Sarawak sedia meningkatkan eksport babi ke Selangor susulan larangan aktiviti penternakan babi di negeri berkenaan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, Sarawak sebenarnya telah mula mengeksport babi hidup ke Selangor sejak beberapa tahun lalu.

“Kami juga terbuka untuk membekalkan kepada negeri lain yang berhasrat mengimport,” katanya menurut Utusan pada Rabu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini tidak memberi perkenan kepada sebarang aktiviti penternakan babi yang dijalankan dimana-mana daerah di negeri Selangor.

Titah Baginda, penternakan haiwan tersebut dikenal pasti menyebabkan pencemaran alam sekitar, udara yang ketara dan berbau busuk selain berpotensi mencemarkan air menerusi pelepasan sisa kumbahan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat