Yayasan Keluarga Malaysia adakan Ziarah Kasih di Johor sempena Tahun Baharu Cina dan Awal Ramadan

JOHOR BAHRU, — Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) memulakan program Ziarah Kasih tahun ini di negeri Johor sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Awal Ramadan yang bakal menjelang.

Kunjungan pertama YKM di Johor itu disertai Bekas Perdana Menteri Kesembilan merangkap Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Program ziarah selama sehari itu dimulakan dengan kunjungan ke rumah Puan Loke Kim Yen di Jalan Merak, Larkin Jaya. Puan Loke yang merupakan seorang guru piano kehilangan suaminya, Soh Kek Yong pada 19 September 2021 akibat COVID-19 dan kini menyara dua anak yang masih bersekolah.

Anaknya, Soh Zhe Hong (18), mengikuti pembelajaran di Pusat Pendidikan Khas Integrasi SMK Tasek Utara 2, manakala Soh Zhe Qi (16) masih bersekolah menengah.

Ismail Sabri berkata, kunjungan tersebut bukan sahaja untuk meraikan keluarga terbabit sempena Tahun Baharu Cina, tetapi juga untuk mendengar sendiri perkembangan pendidikan anak-anak penerima bantuan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Yayasan Bandaraya Johor Bahru merangkap Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar yang hadir dalam program berkenaan.

Menurut beliau, pada tahun ini YKM memberi penekanan khusus terhadap peningkatan tahap pendidikan anak-anak penerima bantuan.

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini, YKM akan memulakan kelas tuisyen percuma secara dalam talian kepada anak-anak YKM di seluruh negara yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2026 bersama pihak MC PLUS,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan bantuan perayaan kepada Puan Loke sebagai persediaan menyambut Tahun Baharu Cina pada 17 Februari ini.

Selain keluarga tersebut, sebanyak 10 keluarga berbangsa Cina di seluruh negara akan menerima bantuan sempena perayaan itu, dengan pembayaran mula dikreditkan ke akaun masing-masing bermula hari ini.

Sempena Awal Ramadan yang bakal tiba, YKM turut menziarahi seorang lagi penerima bantuan, Puan Norazimah Rayian di Jalan Lencana, Kampung Kurnia.

Puan Norazimah yang bekerja sebagai pembantu tadbir kehilangan suami, Zamri Mohd Esa akibat COVID-19 pada 8 Mac 2021. Dua anaknya, Adam Zamri (15) dan Aryan Zamri (13) masih bersekolah di SMK Aminuddin Baki dan SMK Mohd Khalid.

Ismail Sabri turut menyampaikan bantuan khas sempena Awal Ramadan dan berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya sepanjang bulan yang mulia kelak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat