PM Ingatkan Bahaya Pendidikan Terlalu Sempit, Tekankan Keseimbangan Ilmu dan Adab

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kemajuan negara tidak boleh diukur semata-mata melalui persaingan teknologi atau penguasaan kepakaran sempit, sebaliknya mesti berpaksikan pemerkasaan insan yang utuh dari segi intelektual, adab dan nilai kemanusiaan.

Berucap di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) hari ini, Anwar menegaskan bahawa sistem pendidikan perlu mengelakkan apa yang disifatkan oleh pemikir Sepanyol, José Ortega y Gasset sebagai “barbarism of specialization” — suatu keadaan di mana masyarakat melahirkan generasi yang mahir dalam bidang tertentu tetapi tandus jiwa, terpisah daripada sejarah dan nilai kemanusiaan.

Menurut beliau, pendidikan mesti berperanan sebagai wahana yang menyeimbangkan kecerdasan intelektual dengan adab, serta kemajuan teknologi dengan pensejarahan bangsa.

“Sebuah Malaysia yang madani menuntut kita melangkaui sempadan disiplin yang sempit. Kita perlu menyemarakkan budaya wacana yang sihat dan kefahaman lintas bidang, sama ada sains bertemu falsafah atau teknologi berpadu dengan kemanusiaan,” katanya.

Anwar turut menegaskan bahawa universiti tidak seharusnya dilihat sebagai kilang melahirkan tenaga kerja semata-mata, sebaliknya perlu menjadi ruang yang memupuk keluasan akal fikiran, kepekaan nurani serta kesedaran tanggungjawab sosial.

Dalam ucapannya, beliau menyuarakan keyakinan bahawa golongan muda di negara ini mempunyai kekuatan untuk menolak pemikiran menyimpang yang boleh mencetuskan perpecahan, serta membina kepimpinan masa depan yang berteraskan ihsan dan rasa tanggungjawab terhadap warisan negara.

“Menghadapi arus kecerdasan buatan (AI) dan cabarannya, kita mesti mengakar ke bumi sambil menggapi ke langit, memastikan kemajuan tidak menjadikan manusia asing kepada dirinya sendiri,” katanya.

Ucapan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan yang holistik, selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan keseimbangan antara kemajuan material dan pembinaan nilai kemanusiaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat